Wednesday, July 1, 2009

EVERYONE CAN SCORE A!


DAPATKAN PRODUK YANG HEBAT INI SEGERA!






Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran , dan ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes.


Pengenalan
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-


Sikap Para Pelajar:-
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang

  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah

  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

Masalah Ibu bapa:

  1. Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;

  2. Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda

  3. Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak

  4. Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;

  5. Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;

  6. Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;

  7. Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan

  8. Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.

Apa itu Score A Programme™


Program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.
Webucation – The Sunrise Business

WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity
In Forbes Magazine, Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend." He states it will be the next Multi-Billion if not Trillion Dollar Industry. For those of you who don't know Peter Drucker; he is a highly respected worldwide management consultant guru and author of over 25 books on Business and Management


Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia pula, pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme.


Sejarah Penubuhan Score A Programme™

  • Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.

  • Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.

  • R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.

  • Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.

  • Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
    Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

Silibus

  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
  4. Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
  5. Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik (Bahasa Inggeris)
  4. Sains (Bahasa Inggeris)
  5. Bahasa Cina
  6. Sejarah
  7. Geografi
  8. Tingkatan 4 dan 5 – akan dilancarkan pada 27-Jun-2009.
    "Pada Bulan Julai 2009 ini akan tercipta sejarah selama 40 tahun network marketing bertapak di Malaysia, belum pernah ada orang kuat Negara melancarkan produk network marketing, tetapi tanggal Julai 2009 akan menjadi tarikh keramat, bertempat di PWTC, Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yasin akan Melancarkan Tingkatan 4 & 5, dan Program Score A ke seluruh negara."




CIRI-CIRI UNIK SCORE A PROGRAM


eTopic - Soalan-soalan berpandukan topik

eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan ‘memaksa’ pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.

eNotes

eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disediakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A.

eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic.

Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disediakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.


eAssessment™

eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

eTrial Exam™

Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.

Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.

Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.


ePastYearExam

membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.


eProgress

eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.

Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

eReport Card™

eReport Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.

Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.

Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.


Objektif utama:- Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka. Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga. Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.

TESTIMONI
























Pengiktirafan


PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A PERINGKAT NEGERI JOHOR OLEH


Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia, 3-3-2006







PN. ROKIAH ALIAS - Pengetua Cemerlang Malaysia Kolej Tunku Kurshiah (TKC), S’ban, NSDK (1998 – 2005)



Saya lihat program ini sangat-sangat HEBAT! Program ini WAJIB dilanggan oleh setiap IBUBAPA bagi memastikan KECEMERLANGAN anak-anak dalam peperiksaan. Saya merasa amat bangga bersama program ini dan melihat ramai anak-anak muda BERJAYA. Mereka Boleh! Anda pun BOLEH…


25-8-2002 : Launching of Score A Programme™, Sekolah Wawasan, Subang jaya, Selangor, oleh Deputy Minister of Education, Y.B. Dato' Aziz Shamsuddin.

30-1-2004 : Sarawak Scholars' Night, by Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Sarawak, Y.B. Dato' Sri Haji Adenan Bin Satem.

21-7-2005 : Majlis Penyerahan Score A di Pasir Gudang, JB, oleh Menteri Usahawan Koperasi dan Pembangunan, Y.B. Datuk Mohamed Khaled Nordin.

21-9-2005 : Majlis Menandatangani Perjanjian Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Penjara Dengan Score A, oleh Timbalan Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Y.B. Dato' Noh Bin Omar.

13-2-2006 : Program Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Parit Sulong, oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dato' Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis.

25-3-2006 : Majlis Pelancaran Dan Penyerahan Portal Score A Parlimen Pagoh, oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidddin Bin Haji Mohd. Yassin

Dan satu-satunya Portal Pendidikan yang mendapat pengiktirafan dari Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, danPIBG Nasional.


LAPORAN MEDIA






Potensi Pasaran

  • Leverage – "Work Smart - Explosive Income"

  • Permintaan Yang Tinggi

  • Kadar Penolakan Yang Rendah

  • Anti Kemelesetan Ekonomi (Pendidikan adalah keperluan asas).

  • Pasaran Sedia Ada – 5 juta pelajar

  • Pasaran sentiasa berkembang – 500,000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun

  • Tiada Saingan – 99% syarikat MLM bukan produk pendidikan (spt produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta & rumah).

  • Kesetiaan Pengguna

  • Pendapatan Royalti – selama 9 tahun

  • Webucation – kemuncaknya pada tahun 2010 – 100% Sekolah Bestari

(Dengan menyertainya sekarang, anak/pelajar & ibubapa/kita berada di antara kelompok terawal mengambil peluang ini, baik dari segi meningkatkan pencapaian pelajaran mahu pun dari segi menambahkan pendapatan)


Maklumat Syarikat

Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3,Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5,47810 Kota Damansara, Petaling Jaya,Selangor







Saya boleh tunjukkan rahsia bagaimana ingin menggunakan program ini secara percuma. Dan anda juga boleh menjadikan Program ini sebagai perniagaan sampingan anda.
Kenapa tidak dengan program yang hebat seperti ini? Satu program hebat kepada Ibubapa yang mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka...TERBUKTI BERKESAN!
Hubungi / SMS : OMAR
Tel : 012-3386735 / 013-2233545
Emel : mariscorea@gmail.com